ITQAN | U_RED | MULTIMEDIA. Powered by Blogger.

Tuesday, June 29, 2010

JOM MUAT TURUN CONTOH PROPOSAL

Salam Cuti Mid-Sem buat semua warga ITQAN yang pasti sahaja sedang enak mengulit mimpi-mimpi indah di rumah. Kalian memang berhak untuk berehat sepuasnya, namun ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan segera supaya segalanya berjalan lancar dihujungnya.

Berhubung dengan tugasan kertas projek atau tesis yang perlu dilakukan, Biro Pendidikan (UDCATE) ITQAN ada menyediakan contoh proposal untuk rujukan. Klik link di bawah untuk download :

http://www.mediafire.com/?3mqdy4w5tjm

Sunday, June 27, 2010

SELAMAT BERMUJAHADAH DI DUNIA SEBENAR..

Salam mujahadah buat semua keluarga Intelektual biAkhlaqil Quran (ITQAN), moga-moga cuti pertengahan ini memberi seribu manfaat buat kita sebagai para penghafal al-Quran yang faham dengan isi yang ada dalam al-Quran.Sedikit peringatan kepada semua keluarga ITQAN, cuti ini ada beberapa amanah yang kita perlu laksanakan.
KERJA KHUSUS
Kepada semua diharap dapat selesaikan tugas-tugas yang diberikan oleh para pensyarah. Bagi Syukbah Dakwah dan Syariah, diharapkan anda dapat selesaikan kerja khusus Tafsir yang yang telah ditaklifkan oleh Ustaz Zuhdikepada anda semua. Tidak lupa juga kepada semua ahli Syukbah Qiraat ITQAN, harap dapat selesaikan kerja yang telah ditaklifkan.

Tidak lupa juga kerja khusus kita yang tidak akan putus-putus sampai apa bertemu yang Maha Pemutus iaitu mengulang al-Quran. Moga-moga kita dapat istiqomah dalam amalan mengulang kita di Darul Quran.

TESIS

Fatrah yang yang sudah lama dinanti-nantikan oleh semua keluarga ITQAN sudah tiba. Fatrah yang dimaksudkan ialah persiapan untuk membuat TESIS. Diharapaka kepada semua sudah mempunyai penyelia untuk membuat TESIS dan dapat memilih tajuk yang paling sesuai dengan kemampuan diri. Diinatkan kepada semua, proposal perlu dihantar pada 7 julai iaitu seminggu selepas cuti pertengahan semester, harap dapat manfaatkan cuti seminggu ini dengan menyiapkan proposal TESIS masing-masing.

BERSAMA KELUARGA

Setelah sekian lama kita bermujahadah di bumi Darul Quran, maka sudah tiba masanya untuk kita menggunakan waktu cuti ini untuk meluangkan masa bersama keluarga. Kepada mana yang mempunyai adik-adik, diharap dapat mencurah segala ilmu berdasarkan pengalaman yang ada kepada mereka melalui pelbagai sudut. Antaranya mengajar adik-adik mengaji Iqra',al-Quran dan sebagainya. Selain itu, kita juga boleh membantu ibunda dan ayahanda kita. Moga-moga ianya mampu meringankan beban mereka.

BERSAMA MASYARAKAT

Harus diingatkan kepada semua, apabila kita menjejakkan kaki keluar dari kampus, apa yang pasti kita akan berhadapan dengan pelbagai masyarakat. Apabla kita berada di rumah, nak ataupun tidak sudah menjadi suatu kepastian bahawa kita akan berhadapan dengan masyarakat di kawasan perumahan kita.

Pelbagai program akan dianjurkan oleh AJK kampung. Diharapkan kita semua dapan mengambil tempat untuk turut serta dalam setiap program yang dianjurkan kerana pada waktu inilah kita nak buktikan kepada masyarakat bahawa inilah dia produk keluaran Darul Quran umumnya dan ITQAN khususnya mampu untuk menjadi manusia yang dapat memberi manfaat kepada manusia yang lain. Janganlah kita hanya jadi manusia yang dari bangun tidur hingga tidur semula tidak mengambil tahu tentang hal yang berlaku di luar.


Ayuh semua keluarga ITQAN, kita buktikan kepada masyarakat bahawa kita adalah huffaz yang mampu bergiat di segenap bidang. Cubalah untuk buat yang terbaik untuk cuti kali ini agar cuti kali ini dapat memberi seribu makna dalam hidup umat islam. Cubalah untuk menyumbangkan sesuatu untuk islam paling kurang jika tidak dapat melakukan perbuatan, sudah cukup jika kita memikirkan apa yang terbaik untuk islam. wALLAHua'lam...

About This Blog

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP