ITQAN | U_RED | MULTIMEDIA. Powered by Blogger.

Thursday, December 10, 2009

UCAPAN ALU-ALUAN GURU PENASIHAT

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah, segala puji dan syukur dirafakkan kehadratNya, atas nikmat Iman dan Islam yang telah dikurniakan kepada kita sekalian. Selawat dan Salam buat Rasulullah S.A.W, keluarga, serta para sahabat baginda yang telah berkorban menyampaikan risalah tauhid yang akhirnya sampai kepada kita hari ini.

Tahniah dan syabas juga kepada saf pimpinan ITQAN serta ahli jawatankuasa Biro Penerbitqn dan Informasi (U_RED) yang telah bertungkus lumus didalam menjayakan penerbitan warta ITQAN dan blog rasmi ITQAN dalam rangka memantapkan penyampaianmaklumat dan hubungan dua hala bagi manfaat ahli-ahli semester ITQAN secara umumnya. Semoga usaha ini mendapat keberkatan disisi Allah S.W.T.

Justeru, dalam usaha melahirkan huffaz al-Quran yang berkualiti dan berdaya saing, penerbitan blog, warta dan seumpamanya amatlah bersesuaian dengan kehendak zaman dan pemodenan global yang sedang dialami oleh masyarakat dunia hari ini. Malah, ia juga dapat mengelakkan persepsi sesetengah pihak yang menganggap para huffaz adalah ‘jumud’ atau terkebelakang dari segi teknologi dan maklumat. Namun, di dalam menghadapi mehnah dan tribulasi yang bakal dihadapi apabila keluar dari institusi Darul Quran ini, satu persiapan perlu disusun agar para huffaz tidak terpinggir dan tidak dipandang rendah seperti kata pepatah “seperti katak dibawah tempurung”. Oleh itu, adalah diharapkan dengan tercetusnya Idea dan pelaksanaan blog serta warta ini, ia mampu melahirkan para huffaz semester ITQAN yang bermaklumat, bukan sahaja mempunyai pengetahuan ukhrawi semata-mata, malah pengetahuan duniawi juga tidak diabaikan.

Akhirnya, saya berdoa agar kita semua benar-benar mendapat manfaat dari kemajuan dunia kurniaan Allah S.W.T dengan sebaiknya justeru meneruskan perjuangan menegakkan Islam di muka bumi ini. Mudah-mudahan kita semua mendapat keredhaan Allah didalam segala pekerjaan yang dilakukan serta mendapat syafaat Al-Quran di akhirat kelak.

Sekian. Wassalam.


USTAZ YUSRI BIN CHE

GURU PENASIHAT SEMESTER 4 ITQAN

No comments:

About This Blog

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP