ITQAN | U_RED | MULTIMEDIA. Powered by Blogger.

Saturday, January 2, 2010

ITQAN DINNER NIGHT (MULTAQA' ITQAN)

Alhamdulillah pada 11 Disember 2009, perwakilan Intelektual Biakhlakil Quran (ITQAN) telah mengadakan majlis makan malam bersama semua ahli semester atau dikenali Malam Multaqa’ ITQAN. Majlis dimulakan dengan kehadiran dif-dif kehormat yang terdiri dari Guru Penasihat Semester, Barisan Saf-Saf Kepemimpinan Persatuan Kebajikan Pelajar Ma’ahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT DQ) dan ITQAN.
Seterusnya majlis diteruskan dengan nyanyian lagu tema(SATU HATI) dan zikir (اسماء الحسن ) dari semua ahli dengan yang dinyanyikandenagn penuh semangat. Moga-moga apa yang dinyanyikan dapat dihayati dengan sepenuhnya seterusnya dapat direalisasikan dalam kehidupan sebagai seorang huffaz.



Majlis kemudiannya dihangatkan lagi dengan persembahan silat dari ahli semester yang terdiri daripada ahli-ahli Persatuan Seni Silat Pusaka Ustaz Hanafi. Selepas aksi yang menarik lagi mendebarkan daripada persembahan silat ahli ITQAN tadi, majlis diteruskan lagi dengan ucapatama daripada pengerusi semester iaitu Saudara As’ad bin Mohd Syarif dan seterusnya diteruskan dengan ucapan perasmian daripada perasmi jemputan selaku penasihat ITQAN sendiri iaitu Ustaz Yusri bin Che. Banyak nasihat yang membangun yang telah disampaikan oleh ayahanda guru penasihat ITQAN dan selepas selesainya ucapan beliau, maka majlis diteruskan dengan pelancaran multaqa’ dan lebih menarik lagi ianya disusuri dengan pelancaran blog semester iaitu itqandq.blogspot.com, video korporat dan video santai ITQAN. Video yang cukup menarik perhatian audien yang telah disampaikan oleh unit teknikal program. Selepas berakhirnya tayangan dari unit teknikal maka selesailah sudah majlis multaqa’ ITQAN.
Majlis tidak berakhir dengan suram kerana pada ianya ditambahkan lagi dengan majlis makan malam yang cukup ceria. Keceriannya dimeriahkan lagi dengan persembahan nasyid gabungan daripada wakil setiap kumpulan nasyid yang terdapat dalam semester ITQAN.


Akhirnya, setelah berakhir malam multaqa’ ITQAN ini, pihak koordinator program mengharapkan agar melalui wasilah ini, ukhwah sesama ahli dapat dieratkan lagi supaya tidak berlaku perpecahan dari setiap ahli(nauzubiLLAH) dan seterusnya menyatukan hati-hati diantara setiap ahli semester didalam satu matlamat iaitu ingin mendapat rahmat dan keredhaan ALLAH s.w.t. I'ALLAH...






No comments:

About This Blog

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP