ITQAN | U_RED | MULTIMEDIA. Powered by Blogger.

Saturday, April 17, 2010

VERTICAL AND LITERAL THINKING


Baru-baru ni ana mendengar 1 talk mengenai pemikiran kita. Dalam talk tu macam2 ana dapat. Dari mengapa bagaimana dan untuk apa kita kena memaksimumkan penggunaan otak kita ni. Tapi apa yang ana nak kongsi kat sini adalah istilah pemikiran "vertical" dan lateral.

Pemikiran menegak ataupun lateral ni adalah pemikiran yang berasaskan logikal dan lebih bersifat komplesan iaitu memadai dengan apa yang ada. Pemikiran macam ni biasanya adalah reaksi kita yang biasa terhadap perkra yang berlaku di sekitaran kita..menurut kajian 95% penyelesaian masalah yang kita lakukan melalui berfikir secara menegak manakala selebihnya dengan berfikir cara mendatar.

Kat sini ana nak lebih mengupas kepada berfikir secara mendatar. Mungkin ada yang berfikir (secara menegak) kenapa ana nak cerita perkara yang sikit ni. memang lumrah la yang sikit tu lah yang istimewa dan perlu diberi perhatian.betoi kan??huhu

Pemikiran lateral ini diasaskan oleh Dr Edward de Bono yang juga merupakan seorang pakar dalam bidang perubatan dan pemikiran. Beliau memperkenalkan corak berfikir jenis ini setelah melihat setelah mendapati terdapat banyak halangan pada corak pemikiran konvensional. Teknik ini bukanlah untuk menyanggah penggunaan pemikiran yang konvensional tapi hanya 1 jalan yang dijumpai dalam usaha mendapatkan idea yang lebih kreatif dan mencapah.

Jom kita lihat situasi antara 2 pemikiran ini mengikut teori stephen covey.

Situasi : Di awal pagi anak anda menumpahkan kopi dibaju anda ketika sarapan sebelum pergi kerja.

Tindakan 1 : Pemikiran secara menegak
Anda memarahi anak Anda karena telah menumpahkan kopi tersebut. Anak Anda kemudian menangis karena dimarahi. Setelah memarahi anak Anda, Anda kemudian mengkritik istri Anda karena meletakkan cawn kopi tu dekat bucu meja. Kemudian korang laki bini bertengkar jap. Anda lalu lari ke kamar untuk mengganti pakaian Anda. Di meja makan, anak Anda yang sejak dari tadi menangis tidak dapat menhabiskan sarapan paginya dan mengganti pakaiannya untuk sekolah. Dia pun ketinggalan bas dan istri Anda harus segera pergi kerja. Anda kena la hantar nak anda pergi sekolah. Anda pun ape lagi.pecut la.Dah la sampai lambat 10minit siap kena saman lagi sebab bawak laju.Anak anda pergi camtu je.tak salam anda pun. Bila anda balik kerja Anda mendapati bahwa situasi kat rumah agak dingin.So dimana punca tadi??ANDALAH jawapanye..

Tindakan 2 : Pemikiran secara lateral

Anda sepatutnya cakap. takpe la nak.lepas ni hati2 ye..Lalu anda pun pergi tukar baju. Anda pun kembali ke meja makan sambil melihat anak Anda yang melambai ke arah Anda sambil sedang bas sekolahnya. Anda dan isteri dapat pergi kerja macam biasa dan memulakan hari dengan baik.

So nampakkan berfikir secara lateral itu penting..

Jom kita relatekan kesan penggunaan pemikiran secara menegak dan lateral ni dalam memartabatkan islam dipuncaknya.Kita lihat kepada sirah Nabi Muhammad saw bagaimana beginda menggunakan pemikiran secara lateral ni. Cuba kita hayati peristiwa perjanjian hudaibiyah. yang melihat perjanjian ini secara vertical pasti akan mengatakan Perjanjian ini menguntungkan kaum Misyrikin. tapi bagi Baginda yang memandangnya secara lateral akhirnya menghasilkan peluang dan ruang kepada Dakwah Islamiyah sehingga berlakunya peristiwa "fathul makkah"

Sekarang kita sinambungkan penggunaan pemikiran lateral ini dalam usaha gerak kerja Islam. Tak kira dimana sahaja medan yang kita ceburi. tapi bagi ana pemikiran lateral ini amat penting dalam diri da'ie2 yang inigin meletakkan islam dipersadanya. Dalam kita lakukan dakwah mungkin kadangkala pemikiran mendatar sesuai tapi bagi aku pemikiran lateral ni iaitu pemikiran yang kreatif ataupun untuk dikaitkan lagi adalah pemikiran yang berhikmah amat penting dalam mendekati golongan yang bervariasi. Orang yang berfikir secara lateral akan berani melakukan pembaharuan. Setaiap idea pembaharuan yang dikeluarkan akan diteliti kebaikan dan keburukannya walaupun idea tu nampak gila-gila. Orang yang berfikiran lateral juga sama sekali tidak akan secara terus mengkritik idea orang lain tanpa melakukan bedahan dan kupasan kepada idea tu.Mungkin bagi golongan yang berfikir secara mendatar akan memandang pemikir2 baru ni mempunyai idea yang pelik2 yang tak boleh digunapakai. hal ini kerana golongan seperti ini lebih bersifat mengkritik berbanding berbincang. so bukalah ruang kepada pemikir2 lateral ni melontarkan idea..

Mungkn sekadaranya..Entah sahabat2 paham ke tidak ana hentam je la. ana pun baru je cuba2 belajar tentang gaya pemikiran ni.

wallahualam..

sumber :

http://manzaidiamn.blogspot.com/2008/04/mengapa-masyarakat-islam-kekeringan.html

http://smkapahang.bpi.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&catid=43%3Aartikel-menarik&id=83%3Akaedah-pemikiran-islam&Itemid=67

http://www.angelfire.com/on4/saifulazrul/PemikiranLateral.html

1 comment:

Khalil Khusory Zainol said...

lebih teruk lg,sampai bercerai..kuasa berfikir sgt tinggi..tahniah atas perkongsian ini.walaupun copy paste,xpe lah.asalkan ilmu..truskan..

yg ke-2,ramai lagi sabahat2 kita yg mempunyai blog,msukkan blog2 mereka di ruangan tinta banin/banat utk sama2 kita berkongsi ilmu.wassalam

http://mutarabbi-munawwar.blogspot.com

About This Blog

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP