ITQAN | U_RED | MULTIMEDIA. Powered by Blogger.

Sunday, April 11, 2010

SAUDARAKU, UBAHLAH REALITI WALAUPUN KESEORANGAN….

Dua potret yang berbeza

Bandar Khan Younis, Gaza

Seorang mahasisiwi di Palestin, minggu depan akan diijabkabulkan dengan seorang pemuda ,segala persiapan telah dilakukan, namun belum sempat saat yang dinantikan itu tiba, mahasisiw tersebut dikhabarkan menyahut seruan ilahi menjulang gelaran syuhada’; matlamat yang diimpikan selama ini. Ternyata puteri kebanggaan bumi Palestin itu merupakan salah seorang ahli organisasi terkenal di Palestin yang merekrut anggotanya menjadi seorang pelaku bom syahid. Dia lebih tega memilih kemuliaan di sisi Allah dengan mengorbankan nyawa demi membebaskan bumi Islam dari penjajah kuffar laknatullah.



Keadaan yang cukup berbeza berlaku di sekitar tanah airku tercinta. Apa sudah jadi dengan anak melayu?. Tidak cukup dengan masalah penagihan dadah, gam, syabu, berkhalwat jadi kebiasaan, berpacaran satu tradisi, rogol sana rogol sini kemudian dihebohkan pulak dengan kes pembunuhan dan pembuangan bayi dan sebagainya. Anugerah Bintang Popular BH 09 baru sahaja melabuhkan tirai beberapa hari lalu. Lihat saja pesta-pesta lain yang berunsurkan hiburan seperti AF, Mentor, Jomheboh dan banyak lagi. Hampir 98% penyokong dan pendokongnya adalah dalam kalangan orang muda berketurunan melayu. Sungguh menyedihkan. Hiburan kerapkali dijadikan ‘escapism’ oleh sebilangan remaja untuk menghilangkan stress dsb. Masa muda la kita kena enjoy,,dah tua nanti baru la kamceng dengan sajadah n masjid..rileks ar bro...tu baru sikit..kalau nak sebut lagi masalah yang lain sampai bila pun tak abih, sebabnya bertimbun problematika remaja BERATUR MENANTI. Alahai insan berdarah muda, apa yang ada dalam fikiranmu ketika ini ya?.........


Masih terngiang-giang di cuping telinga..kata-kata seorang presiden sebuah NGO Islam, “generasi muda sekarang hidup dalam keadaan lebih mencabar dari sebelumnya….”

Inilah zaman ledakan informasi, anak muda terdedah kepada kejutan budaya, krisis identiti diri serta idea yang melemahkan jati diri, diperoleh dari medium yang pelbagai; internet, media cetak, faktor persekitaran, televisyen dsb. Semua ini menghasilkan satu pertembungan nilai dan meletakkan mereka dalam keadaan hidup yang cukup mencabar. Kalau di minda mereka ini hanya tahu hidup untuk enjoy, tersilap langkah sedikit, habis melayang maruah agama, bangsa dan diri.


Tapi sahabat, jangan kau lupa!. Sesungguhnya inilah zaman keemasan kita. Sangat berharga. Andai terserlah nilai keemasan itu, sudah pasti ramai yang akan bersaing untuk merebutnya. Tiada siapa dapat menyangkal bahawa pemuda merupakan satu unsur kukuh yang mampu belajar keras, menguasainya serta menghasilkan pemikiran dan perubahan. Inilah masa di mana semua potensi terakum dalam beraneka bentuk, corak dan warna. Ketahuilah masa muda ini amat dirindui oleh mereka yang telah putih rambut dan janggutnya hingga mungkin seringkali bermain dalam khayalan yang menjengah, “alangkah indahnya jika aku muda sekali lagi..”, kalaulah waktu bisa kuputar ….


Itulah kata Waraqah kepada seorang pemuda yang datang menemuinya, dengan nada sayu, dia berkata alangkah indahnya jika masih muda, tentu sekali dia akan berdiri teguh mempertahankan Muhammad demi membela Islam sebagai addin..dia akan sanggup menggadai nyawanya untuk satu pengorbanan mendaulatkan kalimah Allah...

Tanyakanlah kepada jutawan dunia, Bill Gates dan ramai lagi, dari mana datangnya kejayaan mereka sekarang? Tentu mereka akan menjawab, itulah zaman muda kami dahulu yang mana kami taruhkannya untuk merasai apa yang kami cita-citakan suatu masa nanti...

Saudaraku...

Kerana potensi yang ada pada orang muda, Musollini (Diktator Itali semasa perang dunia kedua) juga Hitler di Jerman, bangkit memimpin bangsa mereka dalam tempoh masa yang singkat. Satu dunia bergegar dengan laungan perjuangan mereka hinggakan berlaku peperangan besar di dalam dunia yang mengorbankan jutaan manusia. Mereka melaungkan revolusi pembaharuan demi mencapai apa yang mereka impikan.

Kerana pemuda yang subur fikrah Karl Max itu juga, peta dunia mampu untuk dilakar semula. Bukankah kerana kebangkitan Parti Ittihad Wal Tarakki yang juga dibangunkan oleh orang muda, Kamal Attartuk, akhirnya menjatuhkan apa yang kita perjuangkan sekarang. Mereka boleh kenapa kita tidak??

Nabi Ibrahim, Ashabul Kahfi, semuanya anak muda

Lihatlah bagaimana kisah perjuangan mempertahankan aqidah yang ditunjukkan oleh Ibrahim dengan penuh keyakinan diri dan kepetahan hujahnya mampu menghadapi kaum yang sesat. Mampu membuktikan iman menegakkan risalah yang murni setelah mendapat hidayah Allah serta cekal dan tabah memusnahkan segala bentuk jahiliyah yang berwenangan didalam kaumnya.

Ini pula kisah pengikut kepada Musa yang beriman...

Maka tidak ada yang beriman kepada Musa, melainkan pemuda-pemuda dari kaumnya (Musa) dalam keadaan takut bahwa Fir’aun dan pemuka-pemuka kaumnya akan menyiksa mereka. Sesungguhnya Fir’aun itu berbuat sewenang-wenang di muka bumi. Dan sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang melampaui batas.

(QS Yunus 10:83)

Mereka individu berjiwa BESAR. Tidak gentar menghadapi penguasa zalim yang gemar menindas kaum Bani Israel dan rakyatnya dengan penuh kemunafikan. Tetapi, mereka tetap teguh pendirian menghadapi taghut yang mengaku dirinya tuhan, menguasai dan mentadbir negeri Mesir sesuka hati..

Begitu juga kisah pemuda Ashabul Kahfi, yang melarikan diri untuk menyelamatkan iman mereka, juga sanggup menentang raja yang zalim dan menegakkan kebenaran.

Dan terlalu banyak kisah yang menampilkan pemuda sebagai aset berharga, merangkap ejen perubah ummah. Ya, semestinya mereka adalah pemuda..

Renungilah mutiara nasihat Imam As-Syahid Hassan Al-Banna kepada para pemuda yang dicintainya…..

“Wahai para pemuda... Sesungguhnya suksesnya suatu fikrah (ideologi) dilandasi oleh keimanan yang mengakar, keikhlasan yang murni dalam menempuh perjalanannya, semangat yang menggelora dan pelaksana yang mampu mendukung fikrah ini dalam bentuk amal dan pengorbanan. Keempat perihal ini (keimanan, keikhlasan, semangat dan amal) merupakan ciri khas para pemuda.”

Akan tetapi pada zaman yang semakin kabur lagi kelam, bercampur aduknya visi hidup serta bersimpang siurnya misi masyarakat, pada masa yang sama dengan struktur binaan Islam yang semakin goyah dan rapuh, masih adakah pemuda yang ingin mewakili umat mengembalikan binaannya yang agung??


Siapakah yang akan mewakili umat mengembalikan manusia kepada Tuhannya,

merungkaikan mereka daripada belenggu syahwat, hawa dan material????


Siapakah yang akan mewakili umat menyelamatkan mereka daripada kejahilan????


Siapakah yang akan mewakili umat mempamer keindahan kesyumulan Islam dan membongkar wajah hodoh sekular???


Siapakah yang akan mewakili umat mengembalikan martabat syari’at serta meruntuh kebobrokan dan kezaliman hukum manusia???


Siapakah yang akan mewakili umat manusia menonjolkan kehidupan dan imej muslim sebenar seperti yang disebutkan di dalam Quran dan hadis???


Siapakah yang akan mewakili umat menyekat ancaman serangan Zionis,missionari dan Salibi Antarabangsa???...


Siapakah lagi yang lebih layak untuk diletakkan harapan mengembalikan Islam ditempatnya? Kalau tidak kita para pemuda dan pemudi Islam khususnya para mahasiswa!!!.


Siapa? Siapa? Siapa?...


Pastikan kita..ejen transformasi huffaz !!!


Ayuh, teman!!

Persiapkan dirimu, teguhkan iman, kita pacu bersama kuda harapan membelah lautan cabaran menjejak pantai kemenangan.

No comments:

About This Blog

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP