ITQAN | U_RED | MULTIMEDIA. Powered by Blogger.

Friday, August 6, 2010

TAHNIAH DAN TAKZIAH

Salam mujahadah buat sekian kalinya kepada semua keluarga Intelektual biakhlaqil Quran (ITQAN). Semoga mujadah kita ini bukan sahaja dari sudut tertentu dengan hanya mengambil sejuzu’ daripada apa yang dikatakan tajuk besar mujahadah itu sendiri.

Baru-baru ini, ramai dari kalangan mahasiswa dan mahasiswi ITQAN sudah Berjaya menghabis 30 juzu’ al-Quran. Tahniah dan takziah buat semua. moga-moga ianya mendapat keberkatan di sisi ALLAH s.w.t.

KENAPA TAHNIAH…

Ucapan tahniah kepada semua kepada semua di atas beberapa factor. Pertamanya, keran telah berkjya menamatkan 30 juzu. Al-Quran. Keduanya,keran telah berjaya bermujahdah dengan masa. Seterusnya, tahniah kerana telah berjya menjalankan taklifat yang telah diamanhakan oleh kedua ibu bapa dan seterusnya pentadbiran Darul Quran,

KENAPA TAKZIAH…


Takziah diucapkan kepada semua. Kenapa takziah ???. Satu persoalan yang kita perlu jawab kepada semua ahli ITQAN yang telah berjaya menamatkan al-Quran 30 juzu’. Kepada semua sahabat-sahabat ITQAN, apabila kita semua sudah khatam, perlu diingatkan bahawa ianya bukan hanya memudahkan kerja kita sebagai mahasiswa huffaz Darul Quran tetapi ianya sebenarnya menambah lagi tanggungjawab kita sebagai orang yang menjaga al-Quran.

Pertamanya, apabila sudah khatam, seseorang itu tidak mahu tidak perlu mengulang semula hafalannya agar betul-betul cair didalam otaknya atau bahasa yang sering diguna pakai oleh mahasiswa Darul Quran ialah ‘masyi’.

Seterusnya apabila sudah mengulang perkara yang seterusnya yang perlu dilakukan ialah cuba untuk memahami isi kandungan Al-Quran itu sendiri. Ini kerana tidak berguna jika kita ingat 30 juzu’ al-Quran jika tidak mengulang. Tidak ada perbezaan antara manusia dengan burung kakak tua kerana burung kakak tua pun mampu untuk menghafal jika diajar acap kali.

Mengulang sudah…,memahami sudah…,adakah sudah lengkap dan cukup pakej bagi seseorang yang sudah berjaya menamatkan 30 juzu’ Al-Quran. Sudah tentu tidak lengkap jika tidak ada satu perkara yang dinamakan amal. Ulang dan faham adalah satu perkara yang berbentuk teori, tapi pengamalan adalah sesuatu yang mampu untuk membuktikan apa yang kita telah ulang dan apa yang telah kita faham. Jadi pengamalan ini ialah satu perkara yang perlu dipraktikkan di hadapan masyarakat. Ianya bersifat realistik.

Akhir sekali, semua yang telah diperbincangkan tadi tidak berguna jua jika tiada satu gerak kerja yang istiqamah. Nabi pernah bersabda :-


“ Sebaik-baik amalan ialah amalan yang berpanjangan”

Jadi, ayuh kita semua cuba untuk melakukannya. Semoga perkara yang kita lakukan tidak mendapat kemurkaan dari ALLAh s.w.t. Ingat sahabat-sahabat, orang yang terawal yang akan masuk neraka adalah dikalangan mereka yang memegang amanah ALLAH s.w.t. Ini kerana mereka telah leka dan alpa dengan tipu daya dunia. Ayuh kita sama berubah ke arah yang yang lebih baik.

About This Blog

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP