ITQAN | U_RED | MULTIMEDIA. Powered by Blogger.

Monday, October 4, 2010

TIRU & INTEGRITI


Graduan Tahfiz Ditahan SPRM- Berita Harian 11 Julai 2020 

Berita di atas benar-benar mengejutkan kita langsung mencemar institusi tahfiz seluruh Malaysia khususnya. Setiap pihak memberikan reaksi yang pelbagai, antara malu, marah, geram dan bimbang lantaran yang terlibat ialah individu yang tergolong dalam golongan “orang agama”. Malahan, satu petanda besar keruntuhan nilai integriti apabila golongan ‘agama’ sendiri yang sepatutnya berperanan sebagai pemain utama dalam membangunkan masyarakat tiba-tiba disabitkan dengan salah laku rasuah, pecah amanah, penyelewengan dan lain-lain.

Golongan agama, oh golongan agama…………


 Situasi 1
“Yob, ko duduk la belakang- belakang, nanti senang la sikit nak tiru”, kata Lan, penuntut Institut Tahfiz Darul Qofi wal Faste kepada teman sekelasnya, Lah.

“Betul gak kan, aku dah la tak study ape-ape. Kalau tak hangus markah 40 aku”, balas Lah setuju dengan saranan ‘terbaik’ rakannya itu.

“Wei, dah tak main la tengok-tengok kitab. Tengok aku capture je isi kitab guna kamera henset”, tiba-tiba sahaja Man yang duduk di hujung tingkap belakang menyampuk.

“Uuiihh… genius giler ko Man. Respek2”, sambung Lah

Situasi 2

“Pssst.. Jai, bagi sikit contoh ha ta’nis untuk kalimah ‘rahmah’. Aku blur daa”, Khai membisik perlahan di belakan Jai.

“Jap, bro tu dekat sangat la. Kang kantoi pulak habis”, balas Jai separuh berbisik.

Saya yakin sahabat-sahabat dapat meneka dengan tepat apa yang cuba saya sampaikan melalui 2 situasi di atas. Semuanya berkisar tentang amanah, jujur, bertanggungjawab yang terangkum dalam satu perkataan yang selalu sahaja diperdebatkan di peringkat nasional. Eja betul-betul perkataan di bawah ;


INTEGRITI
Pelbagai persoalan bercampur galau di hati menyesakkan dada saya tatkala cuba menjangkau pelbagai kemungkinan yang bakal berlaku dalam masa 10-20 tahun akan datang. Hari ini kita diuji dengan kepayahan menjawab soalan-soalan exam hingga terpaksa mencari jalan mudah dengan meniru kitab, bertanya kepada rakan, capture kandungan kitab menggunakan henset dan lain-lain. 10-20 tahun akan datang kita akan berkecimpung pula dalam profesion masing-masing sama ada dalam sektor kerajaan mahupun swasta. Pelbagai situasi seperti perebutan tender atau kontrak yang sukar sekali diperoleh secara telus, kesempitan hidup ditambah dengan tanggungan keluarga, persaingan jawatan dan sebagainya pasti terpaksa kita hadapi.

Justeru, sejauh mana kita bersedia berhadapan dengan kemelut-kemelut tersebut dengan tenang dan mencari jalan penyelesaian dengan cara yang diredhai Allah. Andai silap percaturan, tidak mustahil kes salah laku rasuah, pecah amanah, penyelewengan bersedia sahaja menjerut hidup kita pada masa hadapan. Pasti sahaja keratan akhbar di atas menjadi kenyataan, benar-benar tersiar di muka hadapan Akhbar Berita Harian keluaran 20 tahun akan datang. Kesannya tidak tertanggung pada diri kita sahaja malah mudah sahaja meranapkan institusi keluarga, masyarakat seterusnya negara Malaysia yang kita cintai.

Barangkali ada yang beranggapan andaian saya tidak masuk akal kerana alam pengajian dan alam pekerjaan merupakan dua situasi yang berbeza dari banyak sudut. Mungkin mereka memikirkan, mustahil individu yang suka meniru dalam peperiksaan atau melakukan perbuatan-perbuatan yang seerti dengannya berisiko tinggi untuk terlibat dengan kes jenayah kolar putih apabila sudah berkerjaya kelak. Saya yakin saya tidak perlu menyemak latar belakang pengajian pesalah-pesalah rasuah di negara kita untuk melihat sama ada mereka pernah meniru atau tidak dalam peperiksaan bagi membuktikan ketepatan andaian saya. Kesedaran terhadap nilai integriti ini sebenarnya didasari oleh Iman yang merajai hati. Andai Iman tidak cukup kental untuk berhadapan dengan musuh-musuh integriti, jangan sesekali kalian mendabik dada gagah sahaja memenggal musuh durjana tersebut. 

FAKTA KAJIAN

Berikut merupakan laporan Corruption Perception Index (CPI) Malaysia yang dikeluarkan oleh Transparency International dari tahun 2001-2009 :

Years
Country Rank
CPI Score
Surveys Used
Confidence Range
2001
36/91
5.0
11
3.8-5.9
2002
33/102
4.9
11
3.6-5.7
2003
37/133
5.2
13
3.6-8.0
2004
39/145
5.0
15
4.5-5.6
2005
39/158
5.1
14
4.6-5.6
2006
44/163
5.0
9
4.5-5.5
2007
43/179
5.1
9
4.5-5.7
2008
47/180
5.1
9
4.5-5.7
2009
56/180
4.5
9
4.0-5.1

Explanatory notes
*CPI Score relates to perceptions of the degree of corruption as seen by business people and country analysts and ranges between 10 (highly clean) and 0 (highly corrupt).

** Confidence range provides a range of possible values of the CPI score. This reflects how a country's score may vary, depending on measurement precision. Nominally, with 5 percent probability the score is above this range and with another 5 percent it is below. However, particularly when only few sources (n) are available an unbiased estimate of the mean coverage probability is lower than the nominal value of 90%.

*** Surveys used refers to the number of surveys that assessed a country's performance. 18 surveys and expert assessments were used and at least 3 were required for a country to be included in the CPI.

Corruption Perception Index 2009

Rank
 
Country/Territory
CPI 2009 Score
Surveys Used
Confidence Range
1
New Zealand
9.4
6
9.1 - 9.5
2
Denmark
9.3
6
9.1 - 9.5
3
Singapore
9.2
9
9.0 - 9.4
3
Sweden
9.2
6
9.0 - 9.3
5
Switzerland
9.0
6
8.9 - 9.1
6
Finland
8.9
6
8.4 - 9.4
6
Netherlands
8.9
6
8.7 - 9.0
8
Australia
8.7
8
8.3 - 9.0
8
Canada
8.7
6
8.5 - 9.0
8
Iceland
8.7
4
7.5 - 9.4
11
Norway
8.6
6
8.2 - 9.1
12
Hong Kong
8.2
8
7.9 - 8.5
12
Luxembourg
8.2
6
7.6 - 8.8
14
Germany
8.0
6
7.7 - 8.3
14
Ireland
8.0
6
7.8 - 8.4
16
Austria
7.9
6
7.4 - 8.3
17
Japan
7.7
8
7.4 - 8.0
17
United Kingdom
7.7
6
7.3 - 8.2
19
United States
7.5
8
6.9 - 8.0
20
Barbados
7.4
4
6.6 - 8.2
21
Belgium
7.1
6
6.9 - 7.3
22
Qatar
7.0
6
5.8 - 8.1
22
Saint Lucia
7.0
3
6.7 - 7.5
24
France
6.9
6
6.5 - 7.3
25
Chile
6.7
7
6.5 - 6.9
25
Uruguay
6.7
5
6.4 - 7.1
27
Cyprus
6.6
4
6.1 - 7.1
27
Estonia
6.6
8
6.1 - 6.9
27
Slovenia
6.6
8
6.3 - 6.9
30
United Arab Emirates
6.5
5
5.5 - 7.5
31
Saint Vincent and the Grenadines
6.4
3
4.9 - 7.5
32
Israel
6.1
6
5.4 - 6.7
32
Spain
6.1
6
5.5 - 6.6
34
Dominica
5.9
3
4.9 - 6.7
35
Portugal
5.8
6
5.5 - 6.2
35
Puerto Rico
5.8
4
5.2 - 6.3
37
Botswana
5.6
6
5.1 - 6.3
37
Taiwan
5.6
9
5.4 - 5.9
39
Brunei Darussalam
5.5
4
4.7 - 6.4
39
Oman
5.5
5
4.4 - 6.5
39
Korea (South)
5.5
9
5.3 - 5.7
42
Mauritius
5.4
6
5.0 - 5.9
43
Costa Rica
5.3
5
4.7 - 5.9
43
Macau
5.3
3
3.3 - 6.9
45
Malta
5.2
4
4.0 - 6.2
46
Bahrain
5.1
5
4.2 - 5.8
46
Cape Verde
5.1
3
3.3 - 7.0
46
Hungary
5.1
8
4.6 - 5.7
49
Bhutan
5.0
4
4.3 - 5.6
49
Jordan
5.0
7
3.9 - 6.1
49
Poland
5.0
8
4.5 - 5.5
52
Czech Republic
4.9
8
4.3 - 5.6
52
Lithuania
4.9
8
4.4 - 5.4
54
Seychelles
4.8
3
3.0 - 6.7
55
South Africa
4.7
8
4.3 - 4.9
56
Latvia
4.5
6
4.1 - 4.9
56
Malaysia
4.5
9
4.0 - 5.1
56
Namibia
4.5
6
3.9 - 5.1
56
Samoa
4.5
3
3.3 - 5.3
56
Slovakia
4.5
8
4.1 - 4.9
61
Cuba
4.4
3
3.5 - 5.1
61
Turkey
4.4
7
3.9 - 4.9
63
Italy
4.3
6
3.8 - 4.9
63
Saudi Arabia
4.3
5
3.1 - 5.3
65
Tunisia
4.2
6
3.0 - 5.5
66
Croatia
4.1
8
3.7 - 4.5
66
Georgia
4.1
7
3.4 - 4.7
66
Kuwait
4.1
5
3.2 - 5.1
69
Ghana
3.9
7
3.2 - 4.6
69
Montenegro
3.9
5
3.5 - 4.4
71
Bulgaria
3.8
8
3.2 - 4.5
71
FYR Macedonia
3.8
6
3.4 - 4.2
71
Greece
3.8
6
3.2 - 4.3
71
Romania
3.8
8
3.2 - 4.3
75
Brazil
3.7
7
3.3 - 4.3
75
Colombia
3.7
7
3.1 - 4.3
75
Peru
3.7
7
3.4 - 4.1
75
Suriname
3.7
3
3.0 - 4.7
79
Burkina Faso
3.6
7
2.8 - 4.4
79
China
3.6
9
3.0 - 4.2
79
Swaziland
3.6
3
3.0 - 4.7
79
Trinidad and Tobago
3.6
4
3.0 - 4.3
83
Serbia
3.5
6
3.3 - 3.9
84
El Salvador
3.4
5
3.0 - 3.8
84
Guatemala
3.4
5
3.0 - 3.9
84
India
3.4
10
3.2 - 3.6
84
Panama
3.4
5
3.1 - 3.7
84
Thailand
3.4
9
3.0 - 3.8
89
Lesotho
3.3
6
2.8 - 3.8
89
Malawi
3.3
7
2.7 - 3.9
89
Mexico
3.3
7
3.2 - 3.5
89
Moldova
3.3
6
2.7 - 4.0
89
Morocco
3.3
6
2.8 - 3.9
89
Rwanda
3.3
4
2.9 - 3.7
95
Albania
3.2
6
3.0 - 3.3
95
Vanuatu
3.2
3
2.3 - 4.7
97
Liberia
3.1
3
1.9 - 3.8
97
Sri Lanka
3.1
7
2.8 - 3.4
99
Bosnia and Herzegovina
3.0
7
2.6 - 3.4
99
Dominican Republic
3.0
5
2.9 - 3.2
99
Jamaica
3.0
5
2.8 - 3.3
99
Madagascar
3.0
7
2.8 - 3.2
99
Senegal
3.0
7
2.5 - 3.6
99
Tonga
3.0
3
2.6 - 3.3
99
Zambia
3.0
7
2.8 - 3.2
106
Argentina
2.9
7
2.6 - 3.1
106
Benin
2.9
6
2.3 - 3.4
106
Gabon
2.9
3
2.6 - 3.1
106
Gambia
2.9
5
1.6 - 4.0
106
Niger
2.9
5
2.7 - 3.0
111
Algeria
2.8
6
2.5 - 3.1
111
Djibouti
2.8
4
2.3 - 3.2
111
Egypt
2.8
6
2.6 - 3.1
111
Indonesia
2.8
9
2.4 - 3.2
111
Kiribati
2.8
3
2.3 - 3.3
111
Mali
2.8
6
2.4 - 3.2
111
Sao Tome and Principe
2.8
3
2.4 - 3.3
111
Solomon Islands
2.8
3
2.3 - 3.3
111
Togo
2.8
5
1.9 - 3.9
120
Armenia
2.7
7
2.6 - 2.8
120
Bolivia
2.7
6
2.4 - 3.1
120
Ethiopia
2.7
7
2.4 - 2.9
120
Kazakhstan
2.7
7
2.1 - 3.3
120
Mongolia
2.7
7
2.4 - 3.0
120
Vietnam
2.7
9
2.4 - 3.1
126
Eritrea
2.6
4
1.6 - 3.8
126
Guyana
2.6
4
2.5 - 2.7
126
Syria
2.6
5
2.2 - 2.9
126
Tanzania
2.6
7
2.4 - 2.9
130
Honduras
2.5
6
2.2 - 2.8
130
Lebanon
2.5
3
1.9 - 3.1
130
Libya
2.5
6
2.2 - 2.8
130
Maldives
2.5
4
1.8 - 3.2
130
Mauritania
2.5
7
2.0 - 3.3
130
Mozambique
2.5
7
2.3 - 2.8
130
Nicaragua
2.5
6
2.3 - 2.7
130
Nigeria
2.5
7
2.2 - 2.7
130
Uganda
2.5
7
2.1 - 2.8
139
Bangladesh
2.4
7
2.0 - 2.8
139
Belarus
2.4
4
2.0 - 2.8
139
Pakistan
2.4
7
2.1 - 2.7
139
Philippines
2.4
9
2.1 - 2.7
143
Azerbaijan
2.3
7
2.0 - 2.6
143
Comoros
2.3
3
1.6 - 3.3
143
Nepal
2.3
6
2.0 - 2.6
146
Cameroon
2.2
7
1.9 - 2.6
146
Ecuador
2.2
5
2.0 - 2.5
146
Kenya
2.2
7
1.9 - 2.5
146
Russia
2.2
8
1.9 - 2.4
146
Sierra Leone
2.2
5
1.9 - 2.4
146
Timor-Leste
2.2
5
1.8 - 2.6
146
Ukraine
2.2
8
2.0 - 2.6



Sepanjang tahun 2009, seramai 500 individu telah ditangkap oleh SPRM dimana seramai 190 (38.0%) individu terdiri dari penjawat awam, 180 (36.0%) individu dari sektor swasta, 107 (21.4%) dari kalangan orang awam dan 23 (4.6%) lagi adalah dari kalangan ahli parti politik. Jumlah tangkapan yang tinggi ke atas kategori individu dari sektor swasta dan orang awam adalah disebabkan SPRM memberi penekanan bagi kes-kes yang melibatkan golongan dari sektor berkenaan.
(Sumber : Laporan Tahunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009)






Kedudukan Malaysia dalam CPI yang tertera di atas semakin parah dari tahun ke tahun. Kedudukan negara yang diperintah  oleh pemerintah Islam sangat memalukan dengan Qatar berada di tempat ke-22, diikuti Brunei (39), Oman (39), Bahrain (46), Malaysia (56) dan seterusnya.

Hari ini (4 Oktober 2010), 7 kakitangan imigresen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), termasuk dua pegawainya ketika melakukan transaksi wang tunai sebanyak RM26,000 dengan sindiket membawa keluar masuk pendatang asing tanpa izin, di Jeti Port Dickson. 

Statistik yang dimuatkan dalam laporan SPRM ini merupakan kes-kes yang menepati kriteria untuk dijalankan siasatan terbuka. Sebanyak 4997 lagi kes yang berunsur rasuah tidak layak dijalankan siasatan terbuka akibat tidak menepati kriteria-kriteria seperti berunsur rasuah (corruption), dapat bertindak (pursuable) dan dapat dikesan (traceable). Pendedahan tersebut tidak termasuk kes-kes rasuah berprofil tinggi melibatkan menteri, pegawai tinggi kerajaan, tokoh korporat, kerabat-kerabat orang kenamaan yang digelapkan oleh ‘tangan-tangan ghaib’ entah dari mana munculnya. Tidak hairanlah Malaysia berpotensi untuk bankrap menjelang 2019 sekiranya pemberian subsidi kepada rakyat tidak dikawal.


Justeru, jangan sesekali kalian menjadi rakyat yang membobrokkan negara sendiri. Langkahnya bermula dengan diri kalian sendiri. Semoga Allah memberkati kita semua. Ameen …………..

No comments:

About This Blog

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP